|
Dalam usaha
mengurangkan BEBAN Kenaikan Harga Minyak, beberapa TIPS
ini mungkin dapat membantu anda. Ada di antaranya, anda dapat
lakukan TANPA SEBARANG KOS tambahan :
Tip-tip
bagaimana anda boleh menjimatkan petrol anda.
Isi minyak sebelah malam, apabila cuaca sudah sejuk
Mengisi minyak pada waktu malam, akan mengurang gas dalam petrol
atau diesel. Kandungan gas dikatakan banyak pada waktu siang
yang panas, di mana setiap liter yang di isi pengguna akan rugi
sebab haba petrol bercampur lebihan gas dalam kandungannya.
Benar atau tidak,Ini berdasarkan pengalaman sendiri. Memang
benar. Ada perbezaannya. Penggunaan petrol lebih lama bertahan
jika di isi pada waktu malam.
Isikan minyak sehingga tangki penuh
Minyak atau petrol cepat habis jika ruang tangki banyak yang
kosong. Benarnya tips ini memang ada. Minyak atau petrol akan
meruap. Semakin besar ruang semakin banyak minyak atau petrol
meruap. Petrol yang meruap tidak dapat dibakar oleh enjin.
Dicadangkan juga penuhkan semula tangki apabila tangki separuh
kosong. Jangan tunggu sehingga meter pada tanda “E” baru diisi.
Semakin banyak ruang kosong semakin banyak petrol meruap, maka
lebih cepat habis.
Pandu kenderaan dalam kelajuan OPTIMUM
Tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. 70 – 90 km sejam
adalah bersesuaian. Pastikan anda mematuhi had laju dan pandu
pada lorong yang sesuai. Semakin laju kereta, semakin minyak
digunakan. Pandu secara perlahan pula menyebabkan beban pada
kereta. Ini menyebabkan enjin tertekan dan menyebabkan banyak
minyak digunakan.
Patuhi jadual penyelenggaraan kereta atau kenderaan
anda
Enjin yang diselenggara akan berfungsi dengan baik dan lebih
berkesan. Pada jangka masa yang tetap, gunakan bahan rawatan
petrol. Ini bertujuan untuk cucian pada injap minyak agar tidak
tersumbat. Pastikan penapis petrol diperiksa atau ditukarkan
apabila perlu.
Angin tayar perlu sentiasa pada tahap tekanan yang
disyorkan Seminggu sekali periksa tekanan tayar.
Penjagaan tayar yang baik memastikan cengkaman tayar yang sesuai
dan pada jumlah jarak yang jauh, nyata menjimatkan minyak.
Kereta sesuai untuk perjalanan yang jauh
Jika tempat yang dituju boleh berjalan kaki atau berbasikal,
adalah baik melakukannya. Banyak minyak boleh dijimatkan tetapi
keselamatan penting jika jalan dilalui gelap, sunyi dan diragui
keselamatannya adalah lebih baik bawa kereta.
Kurangkan penggunaan penghawa dingin
Perjalanan pagi atau malam yang sejuk tidak perlu penghawa
dingin. Buka tingkap sedikit dan biarkan angin luar masuk. Awas
jangan buka tingkap terlalu luas sehingga tangan dari luar boleh
mencapain ke dalam dengan mudah.
Kurangkan beban kereta
Barang-barang yang tidak perlu dalam kereta perlu dikeluarkan.
Semakin banyak beban semakin banyak tenaga dan minyak digunakan.
Panaskan enjin selama 30 saat sahaja
Enjin kereta panas lebih berkesan semasa kereta
bergerak. Memanaskan enjin lebih 30 saat bukan sahaja membazir
minyak tetapi boleh merosakkan enjin kerana pelinciran enjin
lebih berkesan ketika kereta bergerak (maklumat dari PERSATUAN
PENGGUNA P.PINANG – CAP)
Elakkan menunggu dengan enjin masih hidup
Sekiranya anda terpaksa menunggu seseorang di dalam kereta,
matikan enjin. Lebih murah untuk menghidupkan semula enjin
daripada menunggu 1 minit di dalam kenderaan dengan enjin yang
masih hidup. NOTA : Keadaan ini juga
sangat BAHAYA jika anda tinggalkan anak-anak di dalam kereta.
Elakkan menggunakan gear rendah. Cuba kekalkan halaju
kereta lebih daripada 35 km/jam.
Langkah gear dari gear 1 terus ke gear 3 atau 4 ketika kereta
menuruni bukit atau melalui jalan rata. Tukar gear secepat
mungkin ketika menaiki bukit. Apabila memandu secara automatik,
tingkatkan halaju anda dengan segera. Jangan andaikan bahawa
anda perlu memandu di lebuhraya sahaja untuk menggunakan gear 5.
Seboleh-bolehnya pandu dengan gear 5 di mana sahaja walaupun
berada di dalam jalan yang kecil.
Gunakan FuelBooster USAHA1
Berjimat sambil mencari side income.Beli
di sini.
|